|
|
| Thursday, 2-Jul-2009 18:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Album Khas DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah
|
|
Buku terkini ITNM, Keberanian Menggapai Harapan adalah terjemahan daripada karya kedua Barack Hussein Obama, Presiden Amerika Syarikat, iaitu The Audacity of Hope.
Buku ini akan dilancarkan oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah.
Tarikh: 21 April 2009 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur
Penglibatan Raja Nazrin Shah dalam majlis ilmu ini membuktikan bahawa nilai intelektual mampu mewujudkan perhubungan tanpa batas sempadan antara pihak istana dengan rakyat.
Sebagaimana Obama cuba menerapkan beberapa perubahan dalam pentadbiran kerajaan melalui kepimpinannya, rakyat jelata menyedari keampuhan kepemimpinan Raja Nazrin yang tidak terbendung kesejatian modal sosial, nilai humanisme, kebagusan moraliti, dan ketinggian akal budi.
Malah keberanian Obama menjaga keluhuran cita-cita bangsa hakikatnya sudah lama dilaksanakan oleh Raja Nazrin. Penterjemahan buku Obama ini bukan mahu menerapkan wawasan “Pandang ke Barat”, tetapi menjadi harapan ITNM supaya pembaca dapat terkesan mempunyai cita-cita organisasi sebagaimana Obama dan Raja Nazrin Shah.
http://krulmatric.ning.com
http://krulmatric.com
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 2-Jul-2009 17:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MAJLIS PELANCARAN BUKU "Mana Setangginya"
|
|
Tarikh: 14 Jun 2009 (Ahad)
Masa: 7.45 Malam
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya
Tetatmu Kehormat: Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Mana Setangginya merupakan karya Sasterawan Negara (SN) Dato' Noordin Hassan. ITNM menerbitkan buku terjemahan Mana Setangginya dengan judul The Frankincense.
Buku ini menceritakan berkenaan kisah penduduk sebuah perkampungan nelayan yang menyara hidup dengan menangkap ikan dan menjual hasil pohon setanggi.
Walau bagaimanapun, semua nelayan di kampung tersebut dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu, iaitu hari khusus untuk beribadat. Namun disebabkan keengkaran mereka, pelbagai bala bencana telah menimpa mereka.
Karya SN ini mempunyai persamaan dengan kisah Ashabus Sabti semasa zaman Nabi Daud. Noordin Hassan atau Cikgu Noordin menghasilkan naskhah ini 10 tahun lalu, yang ditulis khusus untuk dipentaskan di Istana Budaya (IB). Syukur akhirnya impian beliau tercapai kerana pihak IB bersetuju mementaskan naskhah tersebut.
Teater ini akan dipentaskan pada 13 sehingga 21 Jun 2009 di IB. Harga tiket pula RM30, RM50, RM70, dan RM100.
Menariknya, pada pementasan 14 Jun 2009 (Ahad), penonton dapat bertemu sendiri Cikgu Noordin yang kini agak uzur. ITNM pula menjemput semua Sasterawan Negara, pemenang S.E.A. Write Award dan beberapa sasterawan prolifik untuk turut sama memberikan sokongan kepada Cikgu Noordin.
Penonton pula akan diberikan secara percuma buku miniatur (buku kecil) yang serupa dengan kulit asal buku The Frankincense, berwarna oren di atas.
Official page of Krulmatric
http://krulmatric.ning.com
http://krulmatric.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 22-Jun-2009 17:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PABM09
|
|
Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri merupakan suatu kejayaan bagi memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu ke arena antarabangsa. Peradaban dunia telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diberi darjat sebagai bahasa kelima terbesar di dunia dan sudah tentunya Bahasa Melayu amat signifikan kepada kepesatan tamadun manusia. Penyertaan dalam pertandingan ini membuktikan kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dunia selain ia diterima sebagai subjek selektif di pelbagai universiti ternama dunia dan sekaligus menjamin sumbangan Bahasa Melayu terhadap pembentukan peradaban.
Official page of Krulmatric
http://krulmatric.ning.com
http://krulmatric.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Jun-2009 16:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 13-Apr-2009 18:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-Mar-2009 20:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
malaysia boleh
|
|
Azu, Wawa& Liza
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 11-Mar-2009 17:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
e x ih i b i t i o n
|
|
untuk melihat lebih banyak lagi foto sila ke
http://www.krulmatric.com/
|
|
|
|
|
|
| Friday, 13-Feb-2009 17:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 12-Feb-2009 19:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Jan-2009 12:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
majlis pelancaran buku perjanjian & dokumen lama malaysia
|
|
ITNM telah menganjurkan Majlis Pelancaran Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia pada 11 Disember 2008 dan menggunakan khidmat saya untuk merakamkan gambar serta menghasilkan dua album khas bagi pelancaran tersebut (dua unit setiap satu), iaitu satu untuk Y.B. Datuk Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan satu lagi untuk Y.B. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia.
|
|
|
|