Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri merupakan suatu kejayaan bagi memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu ke arena antarabangsa. Peradaban dunia telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diberi darjat sebagai bahasa kelima terbesar di dunia dan sudah tentunya Bahasa Melayu amat signifikan kepada kepesatan tamadun manusia. Penyertaan dalam pertandingan ini membuktikan kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dunia selain ia diterima sebagai subjek selektif di pelbagai universiti ternama dunia dan sekaligus menjamin sumbangan Bahasa Melayu terhadap pembentukan peradaban.